Agak terperanjat aku apabila terbaca laporan Malaysiakini yang melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz menyarankan Tuan Timbalan Presiden PAS supaya meletakkan jawatan sebagai MP Bachok dan keluar dari parti Pas dan masuk UMNO jikalau terus memasang niat tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan. Bagi aku kenyataan yang cukup keras melibatkan kepimpinan tertinggi parti PAS, pasti media pemerintah akan mengembar-gemburkan isu ini sebagai perpecahan dalam PAS, pasti juga UMNO mampu bersorak gembira dengan perkembangan ini.
Aku agak panas dengan sesetengah pemimpin PAS yang begitu beria-ria tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan. Presiden Pas tidak sepatutnya membangkitkan kembali isu ini dalam muktamar yang lepas, pasti ada golongan pemgampu Presiden akan melalak terus tentang isu ini. Apa guna bersepakat dengan parti yang bertentangan dengan perjuangan kita dan juga matlamat kita ialah humbankan UMNO ke dalam gaung.
UMNO merupakan sebuah parti yang tidak akan berubah, mereka mempunyai prinsip dan perjuangan yang sudah nampak sangat bertentangan dengan perjuangan kita. Mampukah PAS mengubah UMNO dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan, kalau dahulu masa tahun 70′an pun, Pas tidak mampu dengan kemampuan kepimpinan dahulu yang lebih baik daripada kepimpinan PAS sekarang.
Setiausaha baru PAS yang baru ini pun seperti seakan bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan tetapi dengan kenyataan beliau seperti memihak dengan Pakatan Rakyat, mahukan penglibatan PKR dan DAP juga. Beliau tidak nampakkah, PKR dan DAP sudah lama tolak cadangan tersebut. Hendak berpaduan dengan manusia yang jenis anti perpaduan, yang jenis sentiasa mahukan pecah belah antara satu sama lain.
Adakah UMNO sanggup berkongsi dan memberi jawatan kabinet yang penting untuk PAS, PKR dan DAP dan Adakah parti kompenan dalam Barisan Nasional yang lain akan duduk diam apabila kerusi mereka diberi kepada musuh mereka selama ini? Ini persoalan yang perlu dijawab oleh para penyokong Kerajaan Perpaduan.
June 18, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: Leave a Comment
Lama sudah aku tidak ‘update’ blog ini, bukan apa nak tunggu rakan-rakan komen tentang One Malaysia, nampaknya tidak ramai yang nak komen tentang tajuk tersebut. Selepas Muktamar PAS, maka bergemalah 2 perkara yang cukup besar yang kini disebut-sebut pada masa kini iaitu isu Kerajaan Perpaduan dan Sister of Islam.
Mengenai Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Presiden Pas dan ada yang disokong oleh beberapa pemimpin dan penyokong PAS. Bagi pendirian aku, aku amat bersetuju dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz dan kenyataan Tun Mahadet, kalau tiada pembangkang dalam sesuatu kerajaan, amatlah tidak sihatlah untuk membentuk satu kerajaan yang kuat, tegur menegur amat perlu sekali, jadi tugas pembangkang ialah memantau dan menegur kerajaan. Kita jangan jadi boneka UMNO, mereka sememangnya mahu melihat Pakatan Rakyat runtuh dek kerana kekuatan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Gesaan PAS untuk SIS merupakan satu langkah yang baik. SIS merupakan satu gerakan yang baik untuk pembangunan umat Islam, tetapi ada pula yang tidak lari dari ajaran agama Islam. Walau apa-apa pun, biarlah Majlis Fatwa yang membuat keputusan demi kepentingan akidah dan pemahaman orang Islan dan bukan Islam tentang ajaran agama Islam.
June 15, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: Leave a Comment
Apa pandangan kamu semua tentang slogan ‘One Malaysia’ ciptaan Najib? Bagi saya slogan ini kalau dijayakan pasti negara Malaysia lebih cemerlang dan maju dari sekarang bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi perpaduan kaum. Pengukuhan antara kaum merupakan faktor utama dalam kejayaan slogan tersebut. Pada masakini, bagi pendapat saya, bangsa melayu selalu terasa terancam dengan bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia ini. Mereka merasakan bahawa mereka terancam apabila bangsa lain mengritik dasar orang melayu dan pelbagai lain yang dikatakan istimewa. Bangsa kita tidak suka dikritik, mereka lebih suka hidup begini, bersifat penting diri, bersifat yang penting aku dapat makan sudahlah, hidup orang lain peduli apa aku. Bangsa lain selain bangsa melayu telah dilahirkan di bumi Malaysia dalam beberapa generasi sudah. Mereka bukan lagi pendatang yang digelar oleh beberapa pejuang UMNO, mereka merupakan anak jati Malaysia dan mereka berhak menikmati apa yang orang melayu dapat.
Bangsa lain selain melayu/islam juga merupakan makhluk ciptaan Allah, dan agama Islam mengajar umatnya berlaku adil sesama manusia, dalam ajaran tidak tekankan untuk orang Islam sahaja. Bagi saya bangsa melayu lebih bersifat perkauman dari bangsa lain. Laungan Hidup Melayu oleh UMNO boleh menguris bangsa lain. Alangkah indahnya kalau laungan itu ditukarkan kepada slogan diatas. Walaupun UMNO merupakan parti melayu tetapi mereka gagal membentuk kejayaan orang melayu keseluruhannya. Orang melayu hidup berdiri tidak sama tinggi dan duduk tidak sama rendah.
Mereka lebih mementingkan kroni, kuasa dan kebendaan. Saya sangat bersetuju dengan tulisan Zaid Ibrahim dalam Saya Pun Melayu. Umno lama lebih berbentuk perjuangan kejujuran daripada UMNO baru berbentuk perjuangan kepura-puraan, berselindung dibalik tabir nama MELAYU untuk meraih sokongan bangsa melayu. Tulisan Zaid Ibrahim, orang melayu tidak sedar ancaman paling bahaya datangnya bukan dari bangsa lain tetapi dari pendatang-pendatang asing yang berada di Malaysia ini. Saya berpendapat bangsa lain selain melayu juga akan mempertahankan negara Malaysia jikalau diserang oleh pihak luar. Bagi saya anak muda berbangsa melayu menolak UMNO, perjuangan mereka tidak relevan lagi dek kerana pejuang-pejuang mereka masakini begitu jelak sekali.
June 6, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: 3 Comments
Lama sungguh tidak mendengar khabar berita bekas Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah. Sambutan Ulang Tahun UMNO di PWTC juga tidak nampak muka Pak Lah, begitu juga dengan perasmian Proton Exora, hanya nampak muka Che Det sahaja. Pernah atau tidak, anda terfikir, jikalau ada Pak Lah, tiada Che Det, jikalau ada Che Det pasti tiada Pak Lah dalam sesuatu majlis.
Pak Lah menjelma ketika kematian isteri Ketua Menteri Sarawak, itulah penampilan terbaru beliau. Beliau banyak menyepi, kawan-kawan yang dahulu mengampu beliau ketika menjadi Perdana Menteri dahulu kini telah beralih arah untun mengipas Perdana Menteri yang baru iaitu Pak Jib. Begitulah adat dunia politik, seperti roda, jikalau sedang berada diatas maka ramailah yang ingin bergayut bersama untuk melihat dibawah, tetapi sering kali yang diatas itu tidak sanggup untuk menjadi orang yang dibawah. Nasib Pak Jib juga akan sama juga seperti Pak Lah apabila beliau bersara kelak.
Bagi aku, paling memilukan ialah apabila UMNO Bahagian Cheras menyambut Jubli Perak, tiada Pak Lah disisi. Kemungkinan Pak Lah kini tidak mahu diganggu, beliau bahagia bersama isteri tercinta, Jeane. Beliau ingin berehat sepenuh-penuhnya. Apa-apa pun ucap selamat buat Pak Lah dan ingatlah ada jasa Pak Lah di bumi Malaysia yang perlu kita kenang walaupun ianya sebesar zarah.
June 2, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: Leave a Comment
Parti PKR meneruskan rentak kemenangan Pilihanraya Kecil, kali ini di DUN Penanti dan calon yang memenanginya ialah orang kuat PKR di Pulau Pinang iaitu Dr Mansor Othman dengan mendapat 6,052 undi dan manakala 3 calon bebas masing-masing mendapat 392 untuk Aminah Abdullah, 494 Khan Ari dan 56 undi untuk Kamarul dan ketiga-tiga mereka hilang wang pertaruhan.
Pilihanraya kecil di DUN Penanti ini dilakukan kerana bekas DUN Penanti iaitu saudara Fairus telah meletakkan jawatan. DUN Penanti ini juga mencipta sejarah dalam pilihanraya di Malaysia kerana peratusan keluar mengundi adalah rendah dan juga ada gambar Polis tidur sewaktu menjaga di Pusat Pengundian. Majoriti kemenangan PKR meningkat dan mendapat sebanyak 5,558 undi. Apa-apa pun tahniah buat PKR dan Dr. Mansor. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang baru ialah Dr.Mansor. Semoga beliau menjalankan amanah yang diberi dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum, latar belakang dan agama. Berjumpa di Manek Urai untuk pilihanraya akan datang.
May 31, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: 1 Comment
Aminah sudahlah macam-macam hal di Penanti, baik pergi berkempen dari publisiti murahan menerusi media UMNO. Aminah yang dahulunya merupakan orang kuat PKR Pulau Pinang hari ini mengatakan mendapat sokongan dari wanita UMNO yang dahulunya menjadi musuh beliau, kini ingin menjadi teman beliau. Secara logiknya buat apalah nak PKR nak rasuah Aminah seorang ini, bukannya kuasa besar macam UBN, cuma calon bebas sahaja. Macam semut sahaja, satu lagi bangkitlah rahsia dalam PKR, kalau dahulu dalam PKR, mengapa tidak dedahkan, mengapa baru kini setelah menjadi musuh kepada PKR, nampak macam orang melalut pula.
Ini pula cerita tentang UMNO, yang tidak takut bertanding tetapi sibuk pula nak berkempen. Berkempen untuk siapa? Nak buat penerangan pun, PKR tidak serang mereka, buat duit adalah, nanti PM marah baru tahu, dia tak suka orang buang duit. Nasihat kepada UMNO, duduk rumah diam-diam, masuk waktu solat, kita solat, masuk waktu makan, kita makan. Kalau nak sibuk sangat, kita jumpa di Manek Urai 14 Julai ini. Hentamlah Pakatan Rakyat sepuas-puasnya, tetapi di Penanti, hangpa jangan dok sibuk seperti orang yang gila talak.
May 29, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: Leave a Comment
Ini dengan rasminya, pertandingan 4 penjuru telah berlaku diberlaku di Penanti, dengan tidak kehadiran Barisan Nasional telah menyaksikan Parti Keadilan Rakyat akan ditentang oleh 3 calon bebas. Nampaknya tidak meriah Barisan Nasional tidak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Aku pun tidak ada mood dalam pilihanraya kecil kali ini. Aku pun agak pelik, mengapa Barisan Nasional katakan tidak untuk bertanding di Penanti, takut kalahkah anda? Barisan Nasional mengatakan mereka tidak mahu masuk pertandingan dek kerana tidak mahu menyertai taktik politik kotor PKR dan ingin menjimatkan duit rakyat, alasan yang patut dipuji. Tuih!!Tuih!!Tuih!!
Apabila ADUN di Manik meninggal dunia, tiba-tiba Barisan Nasional mengatakan Ya untuk bertanding di DUN Manik, bayangkanlah, tiba-tiba Barisan Nasional ingin merugikan duit rakyat dengan penyertaan mereka di Manik. Di DUN Manik, merupakan kubu kuat PAS dan bekas ADUN Manik merupakan penyandang kawasan selama 5 penggal berturut-turut. Kalau di Sampaoerna, mereka telah ditalkinkan, di Manik kemungkinan di sempat talkin dihumbankan ke dalam kubur. Mereka telah membuang masa dan tenaga dan yang paling penting duit rakyat telah dihabiskan di Manik. Harapan Barisan Nasional, mereka ingin menang dan hendak merapatkan jurang di DUN Kelantan.
Di harap Barisan Nasional berfikir-fikir habis-habisan sebelum menyertai pertandingan di Manik ini. Masuklah pertandingan di DUN di Johor sahaja. Itu pun kalau ada nak mengundi anda.
May 24, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: 2 Comments
Setelah Mahkamah menetapkan bahawa bekas pejuang Partai Komunis Malaya, Saudara Chin Peng tidak boleh pulang ke Malaysia, kini isu Chin Peng hangat semula. Hari ini Ketua UMNO Bahagian Cheras yang cukup terkenal di ruang media telah menyangkal kenyataan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang mahukan Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia.
Chin Peng merupakan anak Perak telah menjadi salah seorang pemimpin tertinggi PKM ketika itu. Bukan sahaja Syed Ali membantah kenyataan Datuk Dr Teng Hock Nan malah Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar dan Timbalan Presiden Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah. Alasan mereka Chin Peng menerusi PKM telah membunuh dan mendera ramai rakyat Malaya ketika itu.
Pelik juga aku rasakan kerana bukan komunis sahaja yang mendera malah tentera Jepun dan British juga membunuh dan mendera ramai rakyat Malaya ketika zaman penjajah dahulu jadi kenapa mereka tidak hentikan kerjasama dalam segala hal dengan Jepun ataupun pihak Britain. Mereka juga bertanggungjawab semasa zaman penjajahan dahulu. Kenapa perlu pilih kasih, orang-orang Komunis sahaja yang dihukum.
Bukan aku menyokong keganasan yang dilakukan oleh pihak Komunis tetapi kita perlu bersikap lebih adil, kalau kita rasakan mereka kejam, penjajah lain pun juga kejam tetapi perlu diingat oleh seluruh warga Malaysia, PKM juga merupakan salah satu parti yang memperjuangkan mengusir dan menentang penjajah jadi mereka perlu dihargai juga.
Perkara Chin Peng telah berlaku agak lama, perlu diingat sikap bermaafan perlu ada dalam hati setiap manusia, itu dalam ajaran agama Islam. Chin Peng juga ada jasa sebagai rakyat Malaysia dalam penentangan penjajah. Chin Peng merupakan salah satu, Rashid Maiden, Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, Abdullah CD dan sebagainya. Mereka tidak ditonjolkan sebagai pejuang kemerdekaan negara disebabkan mereka berhaluan kiri dan menggunakan keganasan untuk menentang penjajah. Benarkan Chin Peng kembali ke Malaysia, beliau ada anak saudara yang masih tinggal di bumi Malaysia ini. Jangan putuskan silaturahim mereka nanti kita kembali menjadi kejam semula.
May 22, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: 2 Comments
Bukan aku sengaja nak melemahkan para penyokong Pakatan Rakyat, tetapi aku dapat menyatakan keputusan di Mahkamah pada hari ini akan menyebelahi Zambry. Sekali aku ingatkan bahawa aku bukan penyokong Zambry, aku amat membenci beliau kerana beliau dari UIA tetapi tidak berkelakuan seperti bekas pelajar UIA.
Ramai pemimpin Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan latar belakang 5 hakim yang akan mendengar rayuan YB Nizar hari ini. Bagi aku, biar seribu mahkamah pun diserbu oleh Nizar dan Zambry, isu Perak ini tidak akan selesai. Di bawakan ke Sidang DUN pun tidak akan selesai, drama pada 7 mei akan berulang-rulang sehingga boleh menjadi drama bersiri. Entah siapa akan duduk di atas meja dan diheret keluar dari dewan. Penyelesaian paling tepat ialah bubarkan DUN, walaupun terpaksa habiskan berjuta pun, pembubaran DUN paling sesuai. Jawapannya hanya terletak di mulut Tuanku Perak.
Barisan Nasional memulakan perebutan kuasa dan Barisan Nasional perlu menyelesaikannya juga dan cara penyelesaiannya akan membuatkan mereka akan rugi kembali. Aku jangkakan bahawa lebih banyak DUN yang dahulunya milik UBN akan dapat ke Pakatan Rakyat dengan perangai buruk UBN ini. Mahkamah mereka boleh kuasai tetapi kelak mahkamah yang dihuni oleh rakyat akan menghukum mereka dalam pilihanraya dan mereka perlu sedar kerana mereka sudah kalah banyak pilihanraya semenjak PRU Mac 08.
Berbalik kepada tajuk diatas, ini cumalah ramalanku, dari pengamatan aku, keputusan Mahkamah Tinggi yang meyebelahi YB Nizar tempoh hari pun amatlah aku terkejut dan Najib mengatakan kita jangan terlalu teruja dengan keputusan tersebut dan pada esoknya keputusan tersebut dapat ditentukan, semacam Najib sudah tahu akan keputusan keesokan harinya.
Pada hari ini, kita lihat adakah Mahkamah kita bebas dengan gengaman pemerintah? Adakah Ramalanku ini benar berlaka? Hari ini juga di Mahkamah Putrajaya akan mendengar kes rayuan DSAI lawan Kerajaan Pusat berkenaan mencabar keputusan pemecatan DSAI sebagai TPM pada tahun 1998. Datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan.
May 21, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: Leave a Comment
Perlis Indra Kayangan yang sedang ini tengah dahului Liga Super telah digegar dengan berita angin atau betul-betul yang lebih kurang seramai seribu ahli UMNO telah keluar dari parti. Malaysiakini ada melapor laporan ini. Benar atau tidak benar berita ini tidak dapat aku sahkan, kalau keluar berapa puluh ribu pun kalau dek kerana hampa dengan keputusan pucuk pimpinan tentang nasib ketua mereka, itu aku tidak peduli, kalau keluar kerana tidak percayakan perjuangan UMNO hari ini, aku alu-alukan.
Selepas pucuk pimpinan UMNO telah memutuskan bahawa Dr Isa Sabu selaku Menteri Besar Perlis sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan ini bermakna bekas MB Perlis, YB Shahidan telah digugurkan tetapi tetap menjadi Ahli Majlis Tetinggi UMNO. Nampaknya mereka yang keluar dari UMNO kesal dengan keputusan tersebut dan dengarnya mereka memasuki PKR. Ada juga beberapa bahagian DAP di sekitar Perlis telah diwujudkan.
Aku tidak berapa setuju jikalau seseorang yang berlompat parti dek kerana kecewa ketua mereka hilang kuasa atau sebagainya. Bagi aku jikalau ianya boleh berlaku di dalam UMNO, tidak salah aku katakan akan berlaku juga kepada parti baru yang mereka masuki. Kita lihat buktinya, di dalam PKR sendiri, bagaimana ahli-ahli berpaling tadah jikalau permintaan mereka tidak dilayani, buktinya di Bukit Selambau. Bagaimana ramainya ahli parti yang bertanding atas tiket bebas dek kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pencalonan di Dun Bukit Selambau.
Tabiat ataupun perangai negatif ini akan terbawa-bawa dalam parti, permintaan mereka perlu dilayani, kalau tidak merajuklah jawabnya,. Kita tidak mahu ahli parti yang kemaruk akan kuasa ataupun wang, kita mahu ahli yang taat setia kepada perjuangan parti, tidak mengira wang atau kuasa, biar ahli biasa tetapi kita mempunya peranan yang besar hingga kita mencapai kemenangan dan apabila menang, paling penting kita perlu mempertahankannya.
Biarlah kita mengambil iktibar dengan perlakuan dan perangai bekas Adun Behrang dan Changkat Jering, bekas ahli-ahli Parti yang keluar seperti Ezam, Lokman Nur Adam dan sebagainya, mereka masih membawa perangai UMNO lama masuk ke dalam PKR. Jadilah Ahli Yang Taat Setia seperti rakan kita di PAS.
May 20, 2009
Categories: Uncategorized . . Author: khairilazuar . Comments: 1 Comment