Catatanku mungkin daripada seseorang yang terlalu mentah untuk mengenal dunia politik di Malaysia ini. Catatanku ini hanyalah pendapatku dari kaca mata anak muda yang ingin pembaharuan sistem politik yang ada sekarang, dari jauh sudut mataku ini ku melihat pelbagai pergolakkan yang berlaku di bawah kepimpinan Pak Lah sejak mengambil alih sebagai Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 2004.
Pak Lah semakin hari tidak berfungsi lagi sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai Presiden UMNO. Ramai ahli kini semakin hari semakin berani membantah secara terbuka akan kepimpinan Pak Lah dan menyaran meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas kekalahan besar dalam PRU 12 dahulu. Tiada dalam sejarah lagi BN tidak mendapat majoriti 2/3 dalam parlimen dan pembangkang dapat merampas 4 negeri dan mengekalkan satu negeri di Kelantan. Suara rakyat kini bergema di seluruh Malaysia sebagai satu tanda bahawa kelekaan UMNO terhadap rakyat telah dihukum kini, perbezaan 1% antara yang menyokong BN dan yang menyokong Pakatan Rakyat adalah terlalu dekat dan bila-bila masa rakyat yang menyokong kerajaan akan beralih ke Pakatan Rakyat.
Kelemahan pemerintahan Pak Lah semakin ketara dengan dengan 2 kejadian yang berlaku iaitu surat Mukhris menyarankan bahawa Pak Lah meletakkan jawatan dan forum yang diadakan oleh sebuah laman web yang nampaknya diasaskan sebagai tanda sokongan kepeda kepimpinan UMNO yang lama. Bagaimana satu parti yang dikatakan membela nasib orang melayu telah terpecah dua dek kerana begitu taksub terhadap pemimpin sehingga sanggup membelakangi prisip parti. Kalau dikatakan UMNO tidak relevan lagi, aku amat bersetuju. Perjuangannya tidak sama lagi dengan zaman sekarang, kebendaan, kekayaan dunia, rasuah dan segala benda negatif telah berlaku ke atas ahli UMNO, bukan semua tapi kebanyakanya. Kalau KuLi dapat himpunkan seluruh Ketu-ketua Bahagian UMNO untuk membuat mesyuarat khas bermakna sekali lagi kuasa Pak Lah dalam UMNO semakin pudar. Orang UMNO kini berani membelakangi Pak Lah.
Kenyataan Mukhris dalam forum tersebut yang mengatakan UMNO meminggirkan kaum anak muda memang benar segala. Rata-rata anak muda masakini makin hari makin sedar bahawa kepimpinan UMNO masih mahu mengekalkan orang lama dan tiada penganti yang baru. Pendapat kaum muda sering tidak ambil kira dan dicantas dengan senang tanpa ada kajian dahulu. Kini anak muda memilih berita dari blog ataupun sms sebagai wadah terbaru mereka. Pihak media yang ada sekarang terlalu melaporkan kebaikan BN dan menyorok kesalahan BN sehingga kaum muda naik muak.
Catatanku ini bukan untuk membuat kajian untuk kekalahan BN tetapi untuk memberi satu pandangan yang ikhlas untuk Pakatan Rakyat dari kaca mataku sebagai anak muda yang masih mentah ini. Pakatan Rakyat perlu jadikan teladan atau pengajaran terhadap kepimpinan Pak Lah yang begitu lemah sehingga ahlinya sanggup menduakannya.
Pakatan Rakyat perlu meletakkan kepentingan rakyat nombor 1, apa saja keputusan mesti mendahului rakyat, adakah perlu ia dilakukan? Adakah perlu untuk rakyat? Adakah akan merugikan atau menyenangkan rakyat kelak?, semua ini perlu diambil kira. Pakatan Rakyat perlu menggunakan peluang yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T sehingga dapat memerintah 5 negeri di Malaysia. Rakyat sudah kecapi pelbagai faedah daripada projek-projek mega yang telah dilaksanakan dahulu tetapi adakah rakyat sudah terbela dengan kemiskinan, kepayahan hidup, masalah social, masalah rumah setinggan, pembelaan setiap bangsa secara adil dan pelbagai lagi masalah rakyat. . Pakatan Rakyat yang digabungkan dari 3 parti yang besar iaitu PKR, PAS dan DAP diharap menjadi satu pakatan yang begitu teguh dan mantap sehingga sukar untuk dipecahbelahkan walaupun betapa badai melanda.
Buktikan kepada pemimpin-pemimpin BN yang kini bercakap-cakap bahawa Pakatan ini hanya seketika sahaja kerana berlainan fahaman, Pakatan ini hanya main-main dan macam-macam lagi yang negetif yang dikeluarkan dari mulut pemimpin-pemimpin yang korup ini.
2 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment

bagus….satu permulaan yang baik dalam usaha anda untuk berjinak2 dalam dunia blogger ni…
saya sebagai orang lama dalam dunia syber ni mengalukan kehadiran anda untuk memeriahkan lagi blog2 yang ada di malaysia ni…
pada pemerhatian saya blog anda mirip kepada blog kadir jasin akan tetapi janganlan anda mengikut jejak sang kelembai yang mencium tangan paklah sambil menangis…
pergh..makin ligat hang skg yek en zuar..hehe…