Kenaikan harga minyak di dunia telah meningkat jadi dengan gembiranya Petronas pun akan mengalami kenaikan juga. Itu mungkin berita gembira buat Petronas tetapi bagi kita pengguna petrol mesti takut akan kenaikan harga petrol ini. TPM kita, Pak Najib berucap dalam suatu ucapan mungkin kerajaan akan menaikkan sedikit harga petrol. Sedikit itu tidak tahulah berapa? mungkin 1 sen atau 2 sen atau bagi kerajaan 20 sen atau 30 sen itu sedikit.
Dewasa ini kita terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat, barang-barang keperluan semakin meningkat harga. Hari ini kita terpaksa membeli beras dengan harga yang tinggi. Kalaulah benar harga petrol akan meningkat maka secara automatiknya harga barang keperluan akan naik lagi. Keuntungan Petronas yang mereka dapat semasa kenaikan ini boleh digunakan untuk menampung subsidi petrol untuk rakyat. Petronas tidak perlulah bersusah-payah berjuta-juta ringgit untuk menaja kelab F1 BMW Sauber Petronas. Kita tahu dengan menaja mereka, Petronas akan dapat mempromosikan mereka ke luar negara tetapi rakyat merana di sini. Mereka boleh membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan rakyat.
Petronas perlu ingat mereka mencari gali bahan petroleum yang dianugerahi oleh Allah untuk semua umat manusia di Malaysia, jadi keuntungannya perlu dikongsi bersama. Mengapa di Terengganu dan Sabah mereka hanya mendapat berapa peratus sahaja royalti dari bahan penerokaan bahan tersebut. Sedangkan kedua-dua negeri boleh menjadi sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil bumi mereka tetapi kita boleh tengok negeri Sabah contohnya, sedihlah. Pihak Petronas tidak perlulah kedekut sangat dengan rakyat Malaysia. Rakyat juga perlu berkongsi sama keuntungan bahan dari perut bumi anugerah Allah. Kita terpaksa berkorban, mereka atasan dengan gaji berpuluh ribu bersenang lenang walaupun harga barang melambung tinggi.
Keuntungan Petronas tidak perlu dibelanjakan untuk projek yang hanya menguntungkan orang atasan sahaja. Kita sudah ada KLCC, Menara KL dan pelbagai projek mega, jadi apa lagi yang mereka mahu lagi, cukuplah untuk negara yang maju ini. Mereka perlu membuat satu langkah untuk meringgankan nasib rakyat. Pelajaran percuma, subsidi pelbagai benda diberikan kepada rakyat dan pelbagai lagilah untuk kesenangan rakyat. Harapan agar petrol tidak dinaikkan, berikanlah subsidi yang lebih, biarlah kali ini kerajaan yang berkorban pula.
3 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment

Kenaikan harga petrol di pasaran dunia memang tidak dapat dielakkan tetapi yang menghairankan, kenapa petronas masih menghabiskan duit untuk F1. Sedangkan teknologi F1 (setahu saya) tidak diguna pakai Proton. Kepada saudara khairilazuar, pada pendapat saya kebiasaannya rakyat yang berkorban untuk negara bukan untuk kerajaan, jadi kerajaan tiada alasan untuk berkorban untuk rakyat
Mengapa tiada alasan untuk kerajaan tidak berkorban untuk rakyat, siapa yang memilih kerajaan pada masa ini jadi salah satu tenggungjawab kerajaan adalah memastikan hidup rakyat dalam keadaan baik dari segi ekonominya.
Kepada saudara anak Muda Parlimen Batu, “now that is what i meant”. Kata kuncinya – “ALASAN”