Tahniah PKR di Penanti!!!

Parti PKR meneruskan rentak kemenangan Pilihanraya Kecil, kali ini di DUN Penanti dan calon yang memenanginya ialah orang kuat PKR di Pulau Pinang iaitu Dr Mansor Othman dengan mendapat 6,052 undi dan manakala 3 calon bebas masing-masing mendapat 392 untuk Aminah Abdullah, 494 Khan Ari dan 56 undi untuk Kamarul dan ketiga-tiga mereka hilang wang [...]

UMNO Jangan Sibuk Di Penanti.

Aminah sudahlah macam-macam hal di Penanti, baik pergi berkempen dari publisiti murahan menerusi media UMNO. Aminah yang dahulunya merupakan orang kuat PKR Pulau Pinang hari ini mengatakan mendapat sokongan dari wanita UMNO yang dahulunya menjadi musuh beliau, kini ingin menjadi teman beliau. Secara logiknya buat apalah nak PKR nak rasuah Aminah seorang ini, bukannya kuasa [...]

Mengapa Tidak Di Penanti, Mengapa Ya Di Manik???

Ini dengan rasminya, pertandingan 4  penjuru telah berlaku diberlaku di Penanti, dengan tidak kehadiran Barisan Nasional telah menyaksikan Parti Keadilan Rakyat akan ditentang oleh 3  calon bebas. Nampaknya tidak meriah Barisan Nasional tidak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Aku pun tidak ada mood dalam pilihanraya kecil kali ini. Aku pun agak pelik, mengapa Barisan Nasional katakan [...]

Chin Peng:Simpan Sahaja Niat Anda ….

Setelah Mahkamah menetapkan bahawa bekas pejuang Partai Komunis Malaya, Saudara Chin Peng tidak boleh pulang ke Malaysia, kini isu Chin Peng hangat semula. Hari ini Ketua UMNO Bahagian Cheras yang cukup terkenal di ruang media telah menyangkal kenyataan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang mahukan Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia.
Chin Peng merupakan anak Perak telah [...]

Ramalan KeputusanKu:Nizar Kalah Dalam Rayuan

Bukan aku sengaja nak melemahkan para penyokong Pakatan Rakyat, tetapi aku dapat menyatakan keputusan di Mahkamah pada hari ini akan menyebelahi Zambry. Sekali aku ingatkan bahawa aku bukan penyokong Zambry, aku amat membenci beliau kerana beliau dari UIA tetapi tidak berkelakuan seperti bekas pelajar UIA.
Ramai pemimpin Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan latar belakang 5 [...]

Beribu-ribu Pejuang UMNO Perlis Keluar Parti …..

Perlis Indra Kayangan yang sedang ini tengah dahului Liga Super telah digegar dengan berita angin atau betul-betul yang lebih kurang seramai seribu ahli UMNO telah keluar dari parti. Malaysiakini ada melapor laporan ini. Benar atau tidak benar berita ini tidak dapat aku sahkan, kalau keluar berapa puluh ribu pun kalau dek kerana hampa dengan keputusan [...]

Mungkinkah Parlimen Batu Bakal Kosong?

Semenjak PRU Mac 2008 berakhir, terdapat banyak sekali Pilihanraya kecil terjadi, akibat kematian dan perletakan jawatan dan akan datang ialah Dun Penanti sedang menanti buat para pengemar pilihanraya untuk turun ke Penanti. Mengapa tajuk di atas menjadi pilihan aku oleh kerana YB Tian Chua perlu membela diri terhadap kes mengigit salah seorang Pegawai Polis di [...]

Isu Perak : Apa Kata Jangan Bubar DUN Perak …….

Apa Kata Jangan Bubar DUN Perak sebab depa kata guna duit banyak jadi Apa Kata kita suruh petualang Pakatan Rakyat di Dun Jelapang, Dun Behrang dan Dun Changkat Jering letak jawatan lepas itu kita adakan pilihanraya di ketiga-tiga kawasan itu semula, tidaklah menggunakan duit yang banyak.
Aku pasti kalau diadakan pilihanraya kecil di ketiga-tiga Dun tersebut, [...]

Selepas DSAI, Siapa Penganti Beliau?

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini digambarkan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia jikalau Pakatan Rakyat mengalih tampuk kekuasaan di Malaysia. Hal ini diperkatakan kemungkinan dek kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih banyak kerusi Parlimen dari rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Jikalau PAS atau DAP memenangi kerusi lebih dalam PRU akan datang, siapa pun tidak tahulah yang [...]

Zamry Kembali Berkuasa!!!

Belum selesai bergembira, keputusan Mahkamah semalam meragut kegembiraan kami, Allah S.W.T menguji kami semula. Mahkamah Rayuan telah memperkenankan penangguhan keputusan Mahkamah yang menyatakan bahawa YB Nizar masih lagi MB yang sah. Agak susah hendak mengambarkan, begitu cepat sekali keputusan penangguhan tersebut.
YB Nizar baru sahaja memasuki pejabat, pada petangnya terpaksa mengosongnya semula. Ibarat main-main dalam pemerintahan [...]