Setelah Mahkamah menetapkan bahawa bekas pejuang Partai Komunis Malaya, Saudara Chin Peng tidak boleh pulang ke Malaysia, kini isu Chin Peng hangat semula. Hari ini Ketua UMNO Bahagian Cheras yang cukup terkenal di ruang media telah menyangkal kenyataan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang yang mahukan Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia.
Chin Peng merupakan anak Perak telah menjadi salah seorang pemimpin tertinggi PKM ketika itu. Bukan sahaja Syed Ali membantah kenyataan Datuk Dr Teng Hock Nan malah Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Tan Sri Abu Zahar dan Timbalan Presiden Majlis Muafakat Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah. Alasan mereka Chin Peng menerusi PKM telah membunuh dan mendera ramai rakyat Malaya ketika itu.
Pelik juga aku rasakan kerana bukan komunis sahaja yang mendera malah tentera Jepun dan British juga membunuh dan mendera ramai rakyat Malaya ketika zaman penjajah dahulu jadi kenapa mereka tidak hentikan kerjasama dalam segala hal dengan Jepun ataupun pihak Britain. Mereka juga bertanggungjawab semasa zaman penjajahan dahulu. Kenapa perlu pilih kasih, orang-orang Komunis sahaja yang dihukum.
Bukan aku menyokong keganasan yang dilakukan oleh pihak Komunis tetapi kita perlu bersikap lebih adil, kalau kita rasakan mereka kejam, penjajah lain pun juga kejam tetapi perlu diingat oleh seluruh warga Malaysia, PKM juga merupakan salah satu parti yang memperjuangkan mengusir dan menentang penjajah jadi mereka perlu dihargai juga.
Perkara Chin Peng telah berlaku agak lama, perlu diingat sikap bermaafan perlu ada dalam hati setiap manusia, itu dalam ajaran agama Islam. Chin Peng juga ada jasa sebagai rakyat Malaysia dalam penentangan penjajah. Chin Peng merupakan salah satu, Rashid Maiden, Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, Abdullah CD dan sebagainya. Mereka tidak ditonjolkan sebagai pejuang kemerdekaan negara disebabkan mereka berhaluan kiri dan menggunakan keganasan untuk menentang penjajah. Benarkan Chin Peng kembali ke Malaysia, beliau ada anak saudara yang masih tinggal di bumi Malaysia ini. Jangan putuskan silaturahim mereka nanti kita kembali menjadi kejam semula.
2 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment

Kita orang Terengganu pun pernah dengar British buat zalim dekat Padang Kacong, Kuala Telemong, Hulu Terengganu. Sanggup membunuh anak cucu Hj. Abdul Rahman Limbong kerana mereka ingkar bayar bayar cukai kepada Inggeris. Kenapakah penjajah Inggeris dan bahasa Inggeris diagong-agongkan? Astarfirullah…… sudah keliru belaka dah sekarang ini yang mana kaca yang mana permata.
Dunia sudah berada dipenghujungnya. Orang jahat mulai dikenang-kenangi macam kekasih. Orang baik dicela, dikeji dan dipinggir jauh-jauh bagai musuh. Apa sebenarnya mereka cari, apakah sebuah kebahagiaan yang disangka atau prikemanusiaan kononnya.
Apa yang diperjuangkan untuk memenuhi sejarah hidup atas muka bumi Allah ini. Pelik lagi amat ajaib. Mencari kebenaran dalam kemungkaran.
Islam cukup sempurna mengatur hidup manusia. Supaya menjadi baik dan berakhlak mulia. Namun berapa tinggikah momentum ini menuruni lurah kesempurnaan. Semakin hari semakin jauh manusia dari jalan Allah dan kebenaran. Mereka mencari yang fana yang tidak bisa menolong selepas daripada mati.
Banyak usaha baik dicari untuk menyatakan sesuatu kebaikkan. Bukan memilih jalan salah untuk dikatakan baik dan prikemanusiaan. Manusia tidak mampu menilai kebaikkan kerana baik itu tercetus dari sebuah kalbu yang suci lagi bersih. Bukan dari secebis nafsu mengatur urusan kehidupan manusia sendiri.
Sejarah kehidupan ini merupakan contoh yang indah untuk manusia cari kebenaran. Bukan mencipta sejarah untuk sebuah kehebatan dan kemasyhoran. Sehebat mana dunia ini akhirnya akan hilang bila mana didatangkan takdir Allah, sebagaimana petaka sunami yang pernah menodai negara kita. Dimanakah kesejahteraan yang diwar-war selama ini?
Ingatlah! dunia ini semuanya akan binasa. Tiada satu benda yang akan ditinggalkan oleh Allah. Semuanya akan merasai mati walaupun rumput yang tumbuh melata.
Justeru itu, carilah satu titik kebenaran sebelum kita dihantar kekuburan…. demi agama, negara dan generasi anak cucu kita yang masih berbaki. Mudah-mudahan beroleh keberkatan dan keselamatan disini dan diakhirat.