Ini dengan rasminya, pertandingan 4 penjuru telah berlaku diberlaku di Penanti, dengan tidak kehadiran Barisan Nasional telah menyaksikan Parti Keadilan Rakyat akan ditentang oleh 3 calon bebas. Nampaknya tidak meriah Barisan Nasional tidak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Aku pun tidak ada mood dalam pilihanraya kecil kali ini. Aku pun agak pelik, mengapa Barisan Nasional katakan tidak untuk bertanding di Penanti, takut kalahkah anda? Barisan Nasional mengatakan mereka tidak mahu masuk pertandingan dek kerana tidak mahu menyertai taktik politik kotor PKR dan ingin menjimatkan duit rakyat, alasan yang patut dipuji. Tuih!!Tuih!!Tuih!!
Apabila ADUN di Manik meninggal dunia, tiba-tiba Barisan Nasional mengatakan Ya untuk bertanding di DUN Manik, bayangkanlah, tiba-tiba Barisan Nasional ingin merugikan duit rakyat dengan penyertaan mereka di Manik. Di DUN Manik, merupakan kubu kuat PAS dan bekas ADUN Manik merupakan penyandang kawasan selama 5 penggal berturut-turut. Kalau di Sampaoerna, mereka telah ditalkinkan, di Manik kemungkinan di sempat talkin dihumbankan ke dalam kubur. Mereka telah membuang masa dan tenaga dan yang paling penting duit rakyat telah dihabiskan di Manik. Harapan Barisan Nasional, mereka ingin menang dan hendak merapatkan jurang di DUN Kelantan.
Di harap Barisan Nasional berfikir-fikir habis-habisan sebelum menyertai pertandingan di Manik ini. Masuklah pertandingan di DUN di Johor sahaja. Itu pun kalau ada nak mengundi anda.
2 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment

mmmm…utk ape BN nk trlibat dgn aktiviti bodoh P.R???
Buang sndiri…pastu nk pilih blik!…yg dedah situ dedah sini PKR jugak…
bile dh terbukti xda rasuah,…PKR jugak yg nk buat pilihanraya…
mmg btol la org kata Anwar ‘Bapa of Corruptions’!
Buang duit rakyat!!!…
Dah kalau mati,…logik la BN nk brtanding kat Manik Urai…cuba la pkai otak…
http://www.sd-malaysia.blogspot.com