Tahniah PKR di Penanti!!!

Parti PKR meneruskan rentak kemenangan Pilihanraya Kecil, kali ini di DUN Penanti dan calon yang memenanginya ialah orang kuat PKR di Pulau Pinang iaitu Dr Mansor Othman dengan mendapat 6,052 undi dan manakala 3 calon bebas masing-masing mendapat 392 untuk Aminah Abdullah, 494 Khan Ari dan 56 undi untuk Kamarul dan ketiga-tiga mereka hilang wang pertaruhan.

Pilihanraya kecil di DUN Penanti ini dilakukan kerana bekas DUN Penanti iaitu saudara Fairus telah meletakkan jawatan. DUN Penanti ini juga mencipta sejarah dalam pilihanraya di Malaysia kerana peratusan keluar mengundi adalah rendah dan juga ada gambar Polis tidur sewaktu menjaga di Pusat Pengundian. Majoriti kemenangan PKR meningkat dan mendapat sebanyak 5,558 undi. Apa-apa pun tahniah buat PKR dan Dr. Mansor. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang baru ialah Dr.Mansor. Semoga beliau menjalankan amanah yang diberi dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum, latar belakang dan agama. Berjumpa di Manek Urai untuk pilihanraya akan datang.

1 Comment(s)

  1. salam bro..

    seperti di janka..tiada saingan…
    alhamdullilah PKR masih mengekalkan kerusi…
    lagi pun aku yakin dengan dr mansor mampu menbawa perubahan di PP…


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment