Apa Khabar Pak Lah???

Lama sungguh tidak mendengar khabar berita bekas Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah. Sambutan Ulang Tahun UMNO di PWTC juga tidak nampak muka Pak Lah, begitu juga dengan perasmian Proton Exora, hanya nampak muka Che Det sahaja. Pernah atau tidak, anda terfikir, jikalau ada Pak Lah, tiada Che Det, jikalau ada Che Det pasti tiada Pak Lah dalam sesuatu majlis.

Pak Lah menjelma ketika kematian isteri Ketua Menteri Sarawak, itulah penampilan terbaru beliau. Beliau banyak menyepi, kawan-kawan yang dahulu mengampu beliau ketika menjadi Perdana Menteri dahulu kini telah beralih arah untun mengipas Perdana Menteri yang baru iaitu Pak Jib. Begitulah adat dunia politik, seperti roda, jikalau sedang berada diatas maka ramailah yang ingin bergayut bersama untuk melihat dibawah, tetapi sering kali yang diatas itu tidak sanggup untuk menjadi orang yang dibawah. Nasib Pak Jib juga akan sama juga seperti Pak Lah apabila beliau bersara kelak.

Bagi aku, paling memilukan ialah apabila UMNO Bahagian Cheras menyambut Jubli Perak, tiada Pak Lah disisi. Kemungkinan Pak Lah kini tidak mahu diganggu, beliau bahagia bersama isteri tercinta, Jeane. Beliau ingin berehat sepenuh-penuhnya. Apa-apa pun ucap selamat buat Pak Lah dan ingatlah ada jasa Pak Lah di bumi Malaysia yang perlu kita kenang walaupun ianya sebesar zarah.

No Comments Yet

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment