Apa pandangan kamu semua tentang slogan ‘One Malaysia’ ciptaan Najib? Bagi saya slogan ini kalau dijayakan pasti negara Malaysia lebih cemerlang dan maju dari sekarang bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi perpaduan kaum. Pengukuhan antara kaum merupakan faktor utama dalam kejayaan slogan tersebut. Pada masakini, bagi pendapat saya, bangsa melayu selalu terasa terancam dengan bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia ini. Mereka merasakan bahawa mereka terancam apabila bangsa lain mengritik dasar orang melayu dan pelbagai lain yang dikatakan istimewa. Bangsa kita tidak suka dikritik, mereka lebih suka hidup begini, bersifat penting diri, bersifat yang penting aku dapat makan sudahlah, hidup orang lain peduli apa aku. Bangsa lain selain bangsa melayu telah dilahirkan di bumi Malaysia dalam beberapa generasi sudah. Mereka bukan lagi pendatang yang digelar oleh beberapa pejuang UMNO, mereka merupakan anak jati Malaysia dan mereka berhak menikmati apa yang orang melayu dapat.
Bangsa lain selain melayu/islam juga merupakan makhluk ciptaan Allah, dan agama Islam mengajar umatnya berlaku adil sesama manusia, dalam ajaran tidak tekankan untuk orang Islam sahaja. Bagi saya bangsa melayu lebih bersifat perkauman dari bangsa lain. Laungan Hidup Melayu oleh UMNO boleh menguris bangsa lain. Alangkah indahnya kalau laungan itu ditukarkan kepada slogan diatas. Walaupun UMNO merupakan parti melayu tetapi mereka gagal membentuk kejayaan orang melayu keseluruhannya. Orang melayu hidup berdiri tidak sama tinggi dan duduk tidak sama rendah.
Mereka lebih mementingkan kroni, kuasa dan kebendaan. Saya sangat bersetuju dengan tulisan Zaid Ibrahim dalam Saya Pun Melayu. Umno lama lebih berbentuk perjuangan kejujuran daripada UMNO baru berbentuk perjuangan kepura-puraan, berselindung dibalik tabir nama MELAYU untuk meraih sokongan bangsa melayu. Tulisan Zaid Ibrahim, orang melayu tidak sedar ancaman paling bahaya datangnya bukan dari bangsa lain tetapi dari pendatang-pendatang asing yang berada di Malaysia ini. Saya berpendapat bangsa lain selain melayu juga akan mempertahankan negara Malaysia jikalau diserang oleh pihak luar. Bagi saya anak muda berbangsa melayu menolak UMNO, perjuangan mereka tidak relevan lagi dek kerana pejuang-pejuang mereka masakini begitu jelak sekali.
3 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment

Slogan pura-pura dari Najib. 1Malaysia tidak wujud selagi UMNO berkuasa. Sebab UMNO akan sentiasa memastikan yg rakyat Malaysia tidak bersatu. Kalau rakyat Malaysia bersatu, UMNO akan pupus. Jadi ini adalah slogan tipu oleh UMNO dan Najis khas nya..err.. Najib.
Apa makna ‘kerajaan perpaduan’. Politik Malaysia sedang meniti satu lagi cabaran. Begitu lemah lembut pemimpin utama negara menaruh harapan disebalik kerajaan perpaduan. Komitmen ucapan yang dilontar sudah dianggap realiti. Ianya sekadar suara yang dibunyikan, bukan kenyataan. Namun cita-cita pemimpin negara ibarat ‘orang mengangtuk disurungkan bantal’. Setelah keyakinan rakyat sudah hilangdan semakin luntur selepasa PRU ke 12.
Rakyat sudah jemu dengan karenah pemimpin yang berkuasa. Penuh dengan birokrasi, nepotisma, kronisma dan kepentingan puak sendiri. Hari ini berharap kasih sayang orang lain. Selama ini dianggap musuh yang nyata, tiba-tiba mengaku teman setia. Sehati dan sejiwa.
Seluruh rakyat amat terasa, bukan buta. Sejarah kemerdekaan negara lebih 50 tahun memberi jawapannya hingga rakyatdibawah satu ketika menanggung kos minyak petrol mencecah RM2.70 seliter dan barang melambung tinggi, yangmana tidak pernah berlaku sebelum ini.
Inikah pelopor’ kerajaan perpauduan? Usahlah menguji pasaran politik rakyat. Kini rakyat sudah payah lupa dan tidak akan lupa. Setelah rakyat beralih rasa, tiba-tiba pemimpin rasa teruja yangmana selama ini penuh prejudis dan tidak percaya. Tiba-tiba beralih angin, macam filem ‘Antara Dua Darjat’.
Terserahlah ……… bagaimana hasilnya……..
one malaysia?
kah kah kah…aper benda tue….