Agak terperanjat aku apabila terbaca laporan Malaysiakini yang melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz menyarankan Tuan Timbalan Presiden PAS supaya meletakkan jawatan sebagai MP Bachok dan keluar dari parti Pas dan masuk UMNO jikalau terus memasang niat tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan. Bagi aku kenyataan yang cukup keras melibatkan kepimpinan tertinggi parti PAS, pasti media pemerintah akan mengembar-gemburkan isu ini sebagai perpecahan dalam PAS, pasti juga UMNO mampu bersorak gembira dengan perkembangan ini.
Aku agak panas dengan sesetengah pemimpin PAS yang begitu beria-ria tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan. Presiden Pas tidak sepatutnya membangkitkan kembali isu ini dalam muktamar yang lepas, pasti ada golongan pemgampu Presiden akan melalak terus tentang isu ini. Apa guna bersepakat dengan parti yang bertentangan dengan perjuangan kita dan juga matlamat kita ialah humbankan UMNO ke dalam gaung.
UMNO merupakan sebuah parti yang tidak akan berubah, mereka mempunyai prinsip dan perjuangan yang sudah nampak sangat bertentangan dengan perjuangan kita. Mampukah PAS mengubah UMNO dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan, kalau dahulu masa tahun 70′an pun, Pas tidak mampu dengan kemampuan kepimpinan dahulu yang lebih baik daripada kepimpinan PAS sekarang.
Setiausaha baru PAS yang baru ini pun seperti seakan bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan tetapi dengan kenyataan beliau seperti memihak dengan Pakatan Rakyat, mahukan penglibatan PKR dan DAP juga. Beliau tidak nampakkah, PKR dan DAP sudah lama tolak cadangan tersebut. Hendak berpaduan dengan manusia yang jenis anti perpaduan, yang jenis sentiasa mahukan pecah belah antara satu sama lain.
Adakah UMNO sanggup berkongsi dan memberi jawatan kabinet yang penting untuk PAS, PKR dan DAP dan Adakah parti kompenan dalam Barisan Nasional yang lain akan duduk diam apabila kerusi mereka diberi kepada musuh mereka selama ini? Ini persoalan yang perlu dijawab oleh para penyokong Kerajaan Perpaduan.
No Comments Yet
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment
