Mungkinkah akan menjadi objektif utama seseorang itu apabila menjerumuskan diri ke dalam dunia politik, kuasa dan wang? Bagi aku, kita yang bermula berkecimpung di lapangan politik ini berkemungkinan tidak pernah memikirkan hal ini. Aku juga bak anak kecil di dalam arena politik ini dan tidak pernah terfikir akan kuasa dan wang, cuma aku fikirkan hasil usaha sedikit ini dapat membantu dalam perjuangan untuk agama, rakyat dan negara.
Kita kadang-kadang gelap mata apabila ditaburi dengan wang yang bertimbun-timbun dan kita menjadi terlupa akan perjuangan asal untuk membantu rakyat apabila memegang atau diberi kuasa dan lantas merasakan diri itu akan terus berkuasa dan tidak akan jatuh-jatuh lagi. Terbukti kuasa dan wang bisa membuat seseorang itu sanggup menjadi zalim untuk terus berkuasa dan menyantap setiap harta yang ada di Malaysia ini, seperti harta ini milik dia seorang. Awas!! Setiap kuasa dan wang yang diamanahkan akan nanti diaudit oleh Allah S.W.T di alam yang kekal nanti. Setiap sen yang dibelanjakan dan setiap kuasa yang diamanahkan, akan dihitung satu-persatu walaupun sebesar zarah. Kuasa dan wang yang kita dapat kadang-kadang membuatkan kita lupa akan asal usul kita, dimana kita bermula dan ke mana hala tuju kita, yang penting kita fikirkan akan diri kita tanpa pedulikan nasib orang lain.
Kita sebagai orang baru dalam dunia politik ini, tidak boleh cakap besar yang kita tidak akan tamakkan kuasa dan wang apabila kita mendapat sesuatu jawatan nanti, takut-takut kita akan termakan akan kata-kata yang kita keluarkan dahulu yang kita akan tolak 2 benda ini. Kita hanya boleh berdoa kepada Allah S.W.T agar kita dijauhi sentiasa akan ketamakan 2 syaitan yang kini memang menghantui sang pemain politik masa kini. Kuasa yang dikejar untuk terus menakluk Malaysia dan wang ditabur kepada penyokong yang buta tuli agar sokongan terus diterima. Ramailah anak buah yang dahagakan wang haram ini akan terus-menerus mempertahankan pemimpin mereka walhal pemimpin mereka ini adalah bapa kepada segala kejahatan. Mereka sanggup mencantas sesiapa sahaja yang menghalang pemimpin mereka dek kerana ingin terus menelan dan membesarkan perut mereka. Ada yang sanggup mengampu untuk mendapatkan jawatan dan kuasa untuk berlaku zalim.
Dalam perjuangan untuk agama, rakyat dan negara yang tercinta ini jangan ada sifat ketamakan kuasa dan wang. Kedua-duanya ini diberi sebagai satu amanah yang amat berat dipikul kepada sang pemegangnya dan amanah ini perlu dipegang dan digunai dengan sebaik mungkin. Aku berpesan kepada diri aku sendiri dan rakan-rakanĀ sekalian agar kita dilindungi sentiasa akan sifat dan nafsu akan ketamakan ini. Negara dan kita sendiri akan hancur kalau kita mengamalkan ketamakan ini. Semoga pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat akan sentiasa mengingati landasan dan prinsip perjuangan yang diperjuangkan selama ini. Kalaulah yang ada, kemungkinan ada atau telah ada akan sifat ketamakan ini, akan ku tentang habis-habisan walaupun dia adalah pemimpin kesayanganku.
5 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment

itu yg seharusnya..xkira siapa org tu,jika dia sudah tergelincir dr matlamat perjuangan yg sebenar harus kita tentang hingga ketitisan darah yg terakhir.tambah pula jika orang itu dikalangan kita sendiri.kerana org yg sebegini membawa virus kehancuran kepada seluruh rakyat.
orang yg takut kehilangan kuasa adalah ciri2 pembawa virus tersebut…
Salam AMPB!!!!..
-Secara peribadinya saya tidak cemburu dan jeles melihat kalau pemimpin kita berumah besar, berkereta besar, berbini besar dll..
-Itulah habuan atau gaji mereka, penat lelah mereka menjaga kebajikan kita..
-Tetapi kalau ceritanya, rakyat berada dlm kesusahan, kegelisahan,kebingungan…, sapa yg tidak marah dgn pemimpin yg telah kita pilih ini pula buat bodoh-bodoh je!!..
-Apa komen AMPB?
Memang itu gaji yang mereka terima, habuan yang mcm mana? Ingat pekerja kerajaan tidak menerima habuan, hadiah, komisen atau apa saja yang boleh bersangkut paut dengan di atas.
Pemimpin yang mempunyai harta banyak kita tidak marah dan tidak kata mereka rasuah tetapi kalau pegawai kerajaan peringkat sokongan yang ada kereta atau rumah besar pasti kita marah dan mengatakan mereka rasuah. Kena adil semua perkara.
pasal amalan puak2 BN ni lah, sampaikan rakyat telah diMINDSETkan bahawa politik itu kotor, kalau tiada budaya KOTOR dalam politik sebelum ini , mana munkin mindset seperti itu wujud….
Salam….
Alhamdulillah…. gembira rasanya bila ada yang bercakap tentang agama, bangsa dan negara.. matlamat yang murni dan pastinya disanjung tinggi. Maafkan kiranya saya mengganggu atau mencelah disini.
Dalam penilaian saya, niat untuk menegakkan agama, bangsa dan negara ini memang patut ada dalam setiap insan, tetapi kebanyakan kita telah terpesong, atau pun dalam erti kata lain sesat lagi menyesatkan.. Sesat dalam membuat pilihan, Mengapa saya berkata begitu? jawapanya, adakah mampu kita tegakkan apa yang kita juangkan sedangkan kita bersekongkol dengan pasukan yang menentang pendirian kita? PR boleh diibaratkan sebuah kapal pelayaran, yang mana anak2 kapalnya disajikan mimpi2 indah, makanan yang sedap2 yang mana destinasinya ditetapkan oleh beberapa nakhoda dan bukanya seorang nakhoda..
Kemungkinan besar kapal tadi akan berjaya berlayar, namun apabila sampai di pertengahan setiap nakhoda tadi akan menyuarakan tempat yang mereka ingin pergi. Ketika itu bermulalah pertelingkahan yang akan membawa akibat karamnya kapal itu tadi..
Secara terang-terangan kita nampak, PAS parti yang menyatakan diri mereka dan ideologi mereka sahaja yang memperjuangkan Islam, menegakkan Islam dan kini telah pun menghalalkan diri mereka untuk bergabung dengan parti yang berlawanan arus dengan mereka suatu ketika dahulu, dan sampai sekarang pun sehingga boleh main2 langkah mayat pulak..Mahukah kita pada gabungan yang sebegini?
Secara ringkasnya bolehlah diibaratkan begini, seorang lelaki muslim yang cukup alim dan amat pemalu telah pun dicarikan jodoh untuknya seorang wanita kafir oleh orang ketiga, setelah diterangkan pendirian wanita itu kepadanya dia pun bersetuju, dan wanita ini teramat cantik, berbudi bahasa atau dalam istilah lain cantik dan berbudi bahasa itu tadi beerti pandai bermain kata2. Tanpa banyak soal dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang wanita kafir itu, hanya sekadar syarat mudah, hanya mahukan wanita kafir itu menerima islam, si lelaki muslim yang alim ini tadi pun menerima dan akhirnya mereka pun memeterai lah ikatan perkahwinan tadi, yang mana telah dibuktikan kemesraan mereka pada PRU-12 lalu dan sampai sekarang mereka masih kekal. Akibat terlampau sayang isteri yang cantik tadi, setiap perlakuan salah si isteri tadi termasuklah yang bertentangan dengan kehendak Islam, hanyalah dikomen hendak tak hendak….maklumlah takut bini lari, jika bergaduh teruk sikit, orang ketiga tadi akan memujuk, “dah lah ckit je tuee, alahhh.. ckit2 jangan la gaduh”.. yang mana akhirnya membawa kesan CKIT-CKIT LAMA2 MENJADI BUKIT, ingat tu saudara saudari…
Saya pernah menghadiri ceramah, yang mana ustaz berpesan, untuk keharmonian rumah tangga seseorang muslim itu, hendak lah ia dibina kerana ALLAH, barulah kekal. Bukan kerana suka2 atau pun atas dasar kepentingan sesuatu yang membawa kepada kehancuran.Jika asas pembinaan rumah tangga itu tadi tidak kukuh bagaimana kita hendak mengekalkannya?
Sama2 kita renung dan fikirkan kesudahan cerita lelaki muslim itu tadi..
Jika kita merasakan pentadbiran UMNO dan BN hari ini mempunyai unsur2 rasuah, politik kotor, penipuan, kekejaman dan entah apa2 lagi, Mari, ayuh kita betulkan melalui dalaman, dan bukanya mengubah haluan. Bukan mudah saudara dan saudari untuk kita membina kemakmuran yang ada pada hari ini… Janganlah hanya dengan isu kenaikan harga minyak, harga barang, rasuah dan segala permasaalahan yang bersifat sementara ini kita gadaikan maruah bangsa,masa depan anak bangsa dan perjuangan nenek moyang kita. Takkan lah kita nak ulangi sejarah 13 mei 1969 lagi…? MASYAALLAH…
Saya ingin bertanyakan saudara dan saudari, memperbaiki sebuah rumah yang telah sediaada dan kukuh asasnya, yang mana mungkin catnya agak pudar, atau pun bumbungnya pecah perlu di tampung, dengan sedikit sentuhan mampu mengindahkanya kembali, berbanding kita membina rumah baru yang belum pun tahu kekuatan asasnya, tidak mengikut kiblat dan panduan kita, adakah ini lebih baik? Insaflah kita semua…
Ingatlah lah….
JANGAN KERANA NYAMUK KELAMBU , TILAM DAN RUMAH HABIS DIBAKAR…
Jika ini terjadi,
Bimbang kalau2 anak bangsa merempat di tanah air sendiri..
ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR…